fbpx

Guru transformasi kelas jadi ‘kediaman mewah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sebuah kelas yang kemas dan cantik di SMK Kubang Kerian yang tular di laman sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian hari ini mendapat perhatian orang ramai setelah menjadi tular di laman sosial.

Gambar yang dimuat naik di Facebook Kelantan State itu memaparkan keadaan sebuah kelas yang dicat berwarna putih dan ditata rias dengan dekorasi minimalis.

Rentetan ketularan gambar itu, usaha guru di sekolah tersebut telah mendapat pujian menggunung orang ramai, terutamanya daripada golongan ibu bapa.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih di samping memuji dedikasi para guru dan murid yang terlibat dalam projek keceriaan kelas tersebut.

“Sebenarnya, bukan mudah untuk adakan kelas sebegini. Kadangkala, duit perlukan duit cikgu sendiri dan sedekah daripada ibu bapa.

“Dedikasi guru tidak perlu cakaplah. Tapi yang paling penting, murid sendiri perlu matang supaya kebersihan kelas dapat dijaga,” kata Ahmad Syahir.

Dalam pada itu, ada juga ibu bapa yang mengakui sanggup memberikan sumbangan sekiranya guru ingin menghias kelas anak-anak mereka.

“Marilah ibu bapa semua, kalau cikgu minta sedikit sumbangan untuk keceriaan kelas, ringan-ringankanlah tangan untuk beri.

“Saya bukan cikgu, tetapi sebagai ibu, saya sokong cikgu yang ingin ceriakan kelas demi anak-anak saya,” kata Siti Rahayu.

“Kalau macam ini, barulah semangat hendak belajar,” kata Rahmat.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,300 tanda suka dan 83 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI