fbpx

KSM arah siasatan, laporan mangsa maut di tempat kerja dipercepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tengah) melawat waris pekerja teknikal yang maut ketika menyelenggara lif di kediaman mereka di Taman Sri Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengarahkan siasatan akhir dan laporan penuh berhubung kejadian kemalangan di tempat kerja membabitkan pekerja teknikal yang maut ketika menyelenggara lif di Jalan Burma di sini dan pekerja kilang yang meninggal dunia di Banting, Selangor, disiapkan segera.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, siasatan dan laporan akhir itu perlu disiapkan segera untuk memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

“Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kedua-dua negeri telah turun serta merta di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan notis-notis berkaitan juga telah diberikan,” katanya selepas mengadakan Ziarah Prihatin, di Taman Sri Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu, Steven melawat keluarga pekerja penyelenggaraan, R. Tinesh Kumar, 28, yang maut Selasa lalu selepas kepalanya tersepit di lif yang sedang dibaiki di Jalan Burma.

Seorang lagi pekerja kilang di Banting, Selangor, Nur Ahmad Yusoff Muei, 22, maut selepas terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang kitar semula, Rabu lalu.

Menurut Steven, majikan-majikan diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab untuk mengawal risiko di tempat kerja bagi memastikan kawasan persekitaran di tempat kerja adalah selamat.

Dalam perkembangan lain, Steven berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 171 pekerja warga asing dari Bangladesh yang mendakwa ejen mereka gagal mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Menurut Steven, beliau telah mengarahkan agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan segera termasuk memanggil ejen yang terlibat dalam pengambilan pekerja asing tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI