fbpx

Tabligh tapi hutang tak nak bayar – Adam Corrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM Corrie pernah berkecil hati apabila direndah-rendahkan sebilangan orang seolah-olah dirinya tiada nilai dalam kalangan penggiat industri.

PETALING JAYA – Pelakon Adam Corrie, 55, terkilan apabila ditipu seorang kenalan dalam industri bergelar pelakon yang kini aktif menyertai kumpulan tabligh.

Semua itu gara-gara individu itu memungkiri janji untuk memulangkan semula baju yang dipinjamkannya dan masih belum melangsaikan beberapa perkara berbangkit lain.

“Saya ada sponsor baju kepada seorang kenalan dalam industri (pelakon) yang kini aktif menyertai kumpulan tabligh. Saya bagi empat helai baju. Saya kata, kau pilihlah sendiri baju yang hendak dipinjam.

“Dia ambil empat helai. Saya cakap lagi, lepas habis ‘shooting’, kalau kau tak sempat nak basuh (hantar dobi), kau pulangkan semula. Biar saya sendiri basuh. Sebab kasihan member tidak ada ‘job’ ketika itu.

“Tapi sampai sekarang, sudah masuk tiga tahun, saya telefon dari hari pertama sampai sekarang, baju entah ke mana,” ujar Adam kepada HibGlam baru-baru ini.

Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata, dia turut ditipu individu sama itu bukan hanya sekali, bahkan dua kali kerana niat ingin menolongnya.

“Masih melibatkan individu yang sama ketika rumah dia dilanda banjir. Dia merayu minta bantuan. Okey, saya tolong dia dengan pasukan saya sendiri.

“Lepas banjir, biasalah banyak harta benda musnah. Sekali lagi dia merayu minta tolong. Dia nak jual jam tangan dia dengan harga RM250. Saya beli dengan harga RM400. Duit dah bayar, tapi jam tangan masih tak dapat-dapat sampai sekarang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI