fbpx

Solari, barisan jurulatih serta beberapa pemain ‘tinggalkan’ JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAB JDT mengumumkan senarai pemain dan barisan kejurulatihan yang akan meninggalkan kelab di Facebook rasminya, Johor Southern Tigers, hari ini.

JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari yang membantu pasukan mencatatkan kejuaraan quadruple pada musim ini dilaporkan meninggalkan kelab Harimau Selatan itu.

Keputusan yang diumumkan di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers itu bermakna kontrak pengendali kelahiran Argentina yang berakhir bulan ini tidak disambung kelab terbabit.

Selain Solari, barisan kejurulatihan yang turut meninggalkan kelab ialah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero.

Selain itu, bek tengah, Aidil Zafuan Abd. Radzak juga dilaporkan meninggalkan kelab yang disertai pada 2013 setelah memenangi 26 trofi bersama JDT termasuk 10 kejuaraan Liga Super berturut-turut.

Turut mengikut jejak Aidil Zafuan ialah S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab.

Dalam hantaran sama, turut memaklumkan senarai pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI