fbpx

Mahkamah: Pembantu gerai didakwa amang seksual rakan perempuannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Klang

KLANG – Seorang pembantu gerai makanan mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap rakan perempuannya berusia 17 tahun, Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Iszhar Hardy, 20, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Iszhar didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pukul 1 tengah hari, 29 Oktober lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri mencadangkan jaminan RM15,000 bersama seorang penjamin selain syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai dan dilarang mendekati mangsa atau saksi pendakwaan kes berkenaan.

Namun, Peguam R. Sritheran memohon jaminan dikurangkan susulan anak guamnya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik hanya bekerja sebagai pembantu gerai makan dengan pendapatan sehingga RM900.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bersama seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Februari. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI