fbpx

Banjir: 25,763 mangsa terlibat, Kelantan paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan persekutuan di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh yang dinaiki air susulan hujan lebat, baru-baru ini. - Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di enam buah negeri setakat pukul 8 malam tadi direkodkan mencecah sehingga 25,763 orang.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), daripada jumlah tersebut mangsa banjir tertinggi direkodkan di Kelantan iaitu seramai 19,423 mangsa diikuti dengan Terengganu yang mencecah 5,983 mangsa.

Selain itu, terdapat 18 buah daerah di Johor, Kelantan, Pahang, Sabah, Selangor dan Terengganu masih dinaiki air menjejaskan sebanyak 7,992 buah keluarga setakat pukul 8 malam tadi.

Difahamkan, sebanyak 134 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini aktif di kawasan-kawasan terlibat bencana banjir berkenaan.

Dalam pada itu, Nadma turut memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Khamis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI