fbpx

Konflik Palestin-Israel: Askar Zionis tembak rakan takut ‘hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan askar-askar Israel di Gaza semalam. - Foto AFP

TEL AVIV –  Seorang askar Israel yang dilaporkan baru kembali dari Gaza bangun daripada tidur dalam keadaan panik dan melepaskan tembakan sehingga mencederakan beberapa rakannya, lapor portal berita The Palestine Chronicle semalam.

“Kami berperang dengan ‘hantu’ di Gaza,” ujar ayat yang digunakan berulang kali oleh askar berkenaan, sebelum turut disebut oleh media Israel.

‘Hantu’ di Gaza merujuk kepada taktik perang gerila yang digunakan oleh para pejuang Palestin semasa memerangi tentera Israel.

Menurut media Israel, askar yang namanya tidak didedahkan itu telah dirujuk kepada polis tentera pada Rabu lalu.

Ketika ini, dia menghabiskan masa di sebuah tempat istirahat askar-askar Rejim Zionis di bandar Ashkelon.

Media Israel memetik kenyataan rasmi tentera yang menyatakan bahawa askar itu tidak akan disiasat ketika ini kerana keadaan kesihatannya, manakala siasatan hanya akan diteruskan setelah dibenarkan oleh doktor.

Sementara itu, beberapa anggota tentera yang ditembak dan cedera cedera ringan dalam insiden tersebut dirawat oleh kakitangan perubatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI