fbpx

Ubah telinga haiwan peliharaan seperti Mickey Mouse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses itu mengambil masa selama 20 hingga 60 hari. - SCMP

BEIJING – Satu trend membimbangkan tular di China di mana haiwan peliharaan dihantar menjalani pembedahan kosmetik untuk mendapatkan telinga seperti watak kartun terkenal, Mickey Mouse.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, pakar-pakar haiwan menggesa supaya perbuatan itu dihentikan segera kerana mengakibatkan kesakitan fizikal dan tekanan psikologi pada haiwan.

Iklan yang dipaparkan oleh sebuah klinik haiwan di daerah Beibei, Chongqing untuk mempromosikan pembedahan sedemikian pada harga serendah 300 yuan (RM194), telah menarik minat orang ramai.

“Sebagai doktor haiwan, kami mematuhi prinsip kebajikan haiwan dan tidak menyokong pembedahan seperti ini,” kata dekan Pusat Perubatan Haiwan Peliharaan Antarabangsa Loving Care di Beijing, Liu Yundong.

Seorang doktor haiwan lain dari Hospital Haiwan Shenzhen Lianhe, Chen Yong memberi amaran bahawa prosedur itu berisiko mencacatkan haiwan peliharaan.

“Merosakkan struktur semula jadi telinga boleh menyebabkan masalah psikogenik pada sesetengah haiwan peliharaan.

“Sebagai contoh, sesetengah haiwan peliharaan yang sensitif mungkin menggaru berulang kali kerana kesakitan yang melampau,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI