fbpx

Pembaca berita dipecat kerana pamer secawan kopi Starbucks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNAY dipecat kerana terdapat secawan kopi di atas mejanya ketika dia membaca berita di stesen televisyen TGRT Haber, Turkiye, Ahad lalu. - Foto TGRT

ANKARA – Seorang pembaca berita wanita di stesen televisyen TGRT Haber, Turkiye dipecat selepas dia muncul dalam satu siaran secara langsung dengan terdapat secawan kopi Starbucks di atas mejanya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Meltem Gunay dilihat menyampaikan berita pada Ahad lalu iaitu sebelum sambutan Krismas dengan secawan kopi itu diletakkan di atas meja sehingga menyebabkan penonton mengkritiknya kerana mendakwa dia merupakan penyokong Starbucks.

Jenama kopi itu kini diboikot oleh aktivis-aktivis pro-Palestin kerana ia didakwa menyokong Israel dalam perang menentang Hamas di Gaza, Palestin yang bermula sejak 7 Oktober lalu.

Namun, beberapa jam kemudian, TGRT mengumumkan bahawa Gunay bersama pengarah segmen berita telah ditamatkan perkhidmatan kerana iklan Starbucksndilarang sama sekali di stesen televisyen tersebut.

TGRT  turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka dan menyatakan bahawa stesen penyiaran itu memahami sensitiviti rakyat Turkiye berhubung situasi di Gaza.

Menurut TGRT yang menulis di platform X: “Dalam siaran berita TGRT Haber TV bertarikh 24.12.2023, Meltem Gunay yang merupakan seorang pembaca berita dilihat menyampaikan berita  dengan secawan (kopi) Starbucks di hadapannya .

“Selaras dengan prinsip stesen kami, pengacara dilarang sama sekali membaca berita TGRT dengan cara mengiklankan mana-mana syarikat, walaupun secara tersirat.

“Pembaca berita dan pengarah yang bertindak bertentangan dengan prinsip ini telah ditamatkan (perkhidmatan).

“Mulai sekarang, institusi kami akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan Turkiye serta melindungi sensitiviti mereka.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI