fbpx

Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, daerah diaktifkan hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kanak-kanak riang bermain banjir di kawasan perumahan mereka di Balai Besar, Dungun baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah perlu diaktifkan selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara, ia susulan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia pada pukul 12.30 tengah hari tadi yang mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) di Pahang dan Johor.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas.

“Selain itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia digunakan,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Jelasnya, semua pusat operasi dan kawalan bencana peringkat pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat negeri dan daerah.

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

“NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana daripada semasa ke semasa melalui nombor
telefon 03-80642400,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI