fbpx

Lelaki maut disengat tebuan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki maut di sengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti sukan permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Tempayong, Labis, Segamat.

SEGAMAT – Seorang lelaki maut di sengat tebuan ketika melakukan aktiviti sukan permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis di sini petang semalam.

Menurut Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hafifie Md Sarif, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.24 petang.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati terdapat seorang mangsa terbaring dipercayai disengat tebuan tanah. Mangsa diserang tebuan tanah tersebut ketika melakukan aktiviti sukan permotoran di hutan simpan berkenaan.

“Mangsa dikenali sebagai Halmi Tahrin, 42 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Klinik Kesihatan Labis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Hafifie, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, seramai tujuh orang anggota dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Hairisyah Wahid.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI