fbpx

Isteri cantik tetapi pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Si isteri hanya duduk di atas katil sambil bermain telefon bimbit dan tidak menghiraukan suaminya. – Sanook

BEIJING – Seorang lelaki di wilayah Henan, China berkongsi kisah dia  terpaksa menceraikan isterinya walaupun mereka baru  beberapa bulan berkahwin disebabkan sikap pengotor dan pemalas si isteri, lapor laman berita Tribun News semalam.

Lelaki yang tidak mendedahkan namanya itu berkata, dia mengenali isterinya menerusi sesi temu janji rawak (blind date) sebelum jatuh cinta kepada wanita itu disebabkan paras rupanya yang cantik.

Meskipun keluarga wanita itu meminta mas kahwin sebanyak 200,000 yuan (RM129,878), dia berusaha sedaya upaya mengumpul wang bagi mengahwini isterinya.

Namun, selepas mendirikan rumah tangga, sikap pemalas dan pengotor si isteri akhirnya terbongkar.

Dia hanya makan, tidur, bermain telefon bimbit, memberi kucing makan dan sesekali keluar dengan si suami.

Wanita itu juga tidak tahu memasak dan enggan membersihkan rumah sehinggakan segala jenis sampah hanya dibuang di atas lantai.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap isterinya, si suami enggan pulang ke rumah selama beberapa hari sebelum mereka akhirnya bertengkar sejurus dia pulang ke rumah.

“Saya bekerja lebih masa tetapi awak hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa. Hubungi ibu awak sekarang dan pergilah dari sini,” kata si suami sambil memarahi isterinya.

Wanita tersebut ketika itu hanya duduk di atas katil sambil bermain telefon bimbit dan tidak menghiraukan suaminya.

Si suami dalam masa sama meminta seorang rakan merakam kejadian itu supaya dia boleh menunjukkan bukti kepada ibu mentuanya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Jika tidak tahu bagaimana untuk menjadi isteri, jangan berkahwin. Cukupla sekadar tinggal di rumah dan menjadi anak yang baik untuk ibu bapa,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI