fbpx

[VIDEO] Kanak-kanak Gaza kelaparan, sanggup kutip tepung atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memperlihatkan kanak-kanak Gaza mengutip tepung di atas jalan.

PETALING JAYA – Krisis kekurangan makanan penduduk Gaza di Palestin terus meruncing sehinggakan ada kanak-kanak sanggup mengutip tepung yang jatuh di atas jalan sekali gus dikhuatiri telah tercemar dengan kekotoran.

Video tersebut dikongsikan seorang wartawan Palestin, Hossam Azam pada akaun Instagramnya malam tadi yang memperlihatkan beberapa kanak-kanak mengutip tepung tersebut.

Dalam video itu, kelihatan mereka mengutip tepung yang bertaburan serta diletakkan di dalam plastik dipercayai untuk dijadikan makanan seperti roti.

“Situasi yang dilakukan oleh rejim penjajah Zionis Israel di dalam Semenanjung Gaza yang mana penduduk berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai setiap hari serta kebuluran yang berterusan,” kata Hossam pada hantaran tersebut.

Video itu turut tular di media sosial selepas dikongsikan orang ramai sekali gus mereka meluahkan kemarahan terhadap rejim Zionis Israel selain menggesa gencatan senjata dibuat.

“Seluruh dunia menghantar bantuan dan makanan mencukupi kepada penduduk, tapi semuanya sia-sia disebabkan Israel tidak membenarkan. Perkara sebegini masih berlaku pada tahun 2023 dan Barat pula menyokong?,” komen Adriano Silvaai.

“Inikah dunia tempat tinggal kita? Bagaimana Israel sanggup melakukan perbuatan seperti itu? Hati mereka memang seperti batu. Saya minta maaf kerana seluruh dunia tidak mengendahkan penduduk Palestin. Saya patah hati dan berasa marah,” kata Monica.

“Saya sangat marah kerana dunia dan ramai lagi masih bersama Israel,” ujar Dibanouyan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by حسام عزام (@hossam.azam2)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI