fbpx

Pandu kereta Mercedes pakai ‘niat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Mercedes itu boleh dikawal menggunakan fikiran pemandu. - Getty

BERLIN, Jerman – Syarikat pengeluar kenderaan multinasional, Mercedes mencipta sebuah kereta yang boleh dikawal oleh minda manusia, lapor akhbar The Sun semalam.

Mercedes Vision AVTR itu direka berkonsepkan filem sains fiksyen, Avatar dengan kerjasama studio filem James Cameron.

AVTR ialah singkatan kepada filem Avatar tetapi juga untuk perkataan ‘Transformasi Kenderaan Lanjutan’.

Ketua reka bentuk Mercedes, Gorden Wagener berkata: “Pengalaman pengguna sebagai elemen utama adalah setanding dengan organisma simbiotik.”

Berdasarkan filem Avatar, orang Na’vi akan menunggang makhluk terbang dan membuat hubungan simbiotik melalui rambut mereka.

Sama seperti Mercedes Vision AVTR, pemandu akan menghubungkan fikirannya dengan kereta itu menggunakan perisian Antara Muka Komputer Otak (BCI).

Kereta itu tidak dapat dipandu dengan hanya berfikir, tetapi pemandu dapat mengawal perisian dalaman kenderaan seperti menukar saluran radio dan memilih warna pencahayaan.

Selepas memakai topi keledar, otak akan bertindak balas terhadap rangsangan visual yang kemudian dihasilkan oleh peranti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI