fbpx

KPDN minta mangsa penipuan pakej umrah tampil buat aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika ditemui media selepas merasmikan trek larian getah sintetik padang pekan Papar hari ini. -Foto: Ivan Amirul/KOSMO!

PAPAR – 47 mangsa penipuan pakej umrah diminta membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memudahkan siasatan terperinci dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan pihaknya sudah mengambil maklum tentang perkara terbabit namun aduan daripada mangsa juga diperlukan agar memudahkan tuntutan ganti rugi terhadap syarikat pelancongan berkaitan.

“Kita di KPDN telah menghubungi mereka yang mengutarakan isu berkenaan untuk mengemukakan aduan rasmi.

“Melalui aduan rasmi, kita kemudiannya akan mendapatkan maklumat dan melihat sudut mana unsur-unsur penipuan atau salah guna yang dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan trek larian getah sintetik padang pekan Papar hari ini.

Terdahulu, Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) semalam membawa kumpulan 47 mangsa penipuan pakej umrah terbabit untuk menyerahkan surat aduan kepada KPDN.

Semua mangsa mahu syarikat pelancongan terbabit dikenakan tindakan undang-undang lebih tegas ekoran didakwa memperdayakan ramai mangsa lain sebelum ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI