fbpx
AIDA berasa tertekan apabila Amin sering memaksanya menyediakan makanan, namun kedekut untuk membeli barang dapur. – Gambar hiasan

K2

Isteri azab ‘bela’ suami kuat makan, kedekut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“BUKAN sengaja mengungkit apatah lagi membangkit, tetapi itulah azab yang terpaksa saya lalui sebelum ini.”

Itu antara luahan kekesalan yang sudah lama terbungkam dalam sanubari wanita cekal bernama Aida (bukan nama sebenar).

Meskipun ‘mimpi’ ngeri yang singgah dalam hidupnya itu sudah hampir sedekad berlalu, namun dia langsung tidak pernah melupakan perkara tersebut.

Berkongsi kisah bersama Dari Mahkamah Syariah, Aida yang bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital awam di Batu Pahat, Johor mengakui, dia serik untuk bertemankan lelaki bergelar suami.

Ditebak mengenai hal yang terjadi, anak ketiga daripada empat beradik kelahiran Mantin, Negeri Sembilan itu cuma mampu berendam air mata sebelum membutirkan kata-kata.

“Demi Allah, saya sebenarnya sayang dan rindu dengan suami.

“Tapi apa yang dia buat kepada saya selama ini cukup membuatkan saya bertukar fikiran,” katanya membuka bicara rasa.

Jelas Aida, hampir tiga tahun sebelum berpisah dan membawa haluan masing-masing, dia diperlakukan serta hidup tidak ubah seperti seorang hamba abdi.

Katanya, sebelum bernikah, dia memang tahu yang suaminya Amin (bukan nama sebenar) seorang yang suka dan boleh dikatakan kuat makan.

Amin juga seorang yang gemar makan masakan air tangan isterinya sendiri berbanding membazir wang di kedai.

AMIN mempunyai selera besar dan gemar makan masakan isteri. – Gambar hiasan

“Di awal pernikahan, saya memang bangga dengan diri sendiri kerana suami sering memuji masakan saya.

“Hal itu juga (pujian) membuatkan saya hanyut dan bertambah semangat untuk ke pasar basah mahupun kering untuk membeli bahan mentah.

“Walaupun bekerja sepenuh masa, namun saya tetap akan cuba masak dua kali sehari terutama pada waktu pagi dan malam mengikut kesesuaian syif,” katanya.

Beritahu Aida, 38, suaminya yang berniaga sendiri memiliki perangai cerewet serta tidak suka makan di kedai atau restoran.

Dek kerana sayang dan tanggungjawab, sibuk bagaimanapun Aida akan tetap ke dapur memasak untuk suaminya.

Dia ingin memastikan ada juadah di atas meja makan sebelum keluar bekerja.

Bertahun menjadi ‘cef’ tidak berbayar kepada suami, Aida mula merasakan hilang sabar dengan suaminya.

Ia bukan soal makanan tetapi tanggungjawab yang sudah mula diabaikan.

Jelas Aida yang masih belum dikurniakan cahaya mata, dia perasan suaminya sudah mula tidak mahu keluarkan wang bagi membeli barangan dapur.

“Jika sebelum ini, suami memang akan beri wang untuk saya beli apa sahaja bahan mentah di pasar.

“Kira macam sebahagian nafkah dan tanggungjawab dia sebagai suami.

“Namun bertahun berlalu, dia (suami) mula main order (pesan) sahaja. Nak makan ini makan itu. Beli itu dan beli ini, semuanya mahal-mahal.

“Bila ditanya mana wang untuk membeli, dia cuma cakap pakai sahaja duit saya dahulu dan jangan berkira dengan suami sendiri. Dia mula menunjukkan sisi kedekut.

“Mula-mula saya okey dan turutkan sahaja kerana tidak mahu dicop isteri derhaka.

“Lagipun, kami masih belum ada anak, jadi ‘syurga’ saya cuma dia seorang.

“Paling buat saya tidak tahan dan rasa diperlakukan sebagai hamba, suami sudah pandai memaksa untuk sediakan makanannya sepanjang hari selama bertahun-tahun tanpa mengeluarkan wang.

“Lebih teruk, saya juga sering dimaki hamun jika lambat menyiapkan makanan kepadanya.

“Pernah juga beberapa kali juadah yang lambat disiapkan dilemparkan ke arah saya, kononnya mahu menunjukkan kemarahannya,” luahnya.

Akui Aida lagi, tiga tahun bagai membela ‘biawak hidup’, selain prestasi kerjanya yang terganggu disebabkan tekanan perasaan dan tidak cukup rehat, dia nekad memfailkan perceraian di mahkamah syariah.

Bagi Aida, apa yang telah terjadi antara dia dan Amin biarlah berlalu begitu saja.

Segala yang pernah diberi kepada suami dihalalkannya dunia akhirat.

Cuma hatinya masih terluka dan tidak menyangka bahawa mahligai bahagia diidamkan hanyut dibanjiri air mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN