fbpx

Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resit bayaran yang diterima oleh pelanggan terbabit di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan meluahkan rasa terkejut apabila dikenakan caj RM2.50 bagi sepinggan nasi putih di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Perkara itu didedahkan pelanggan terbabit menerusi aplikasi X yang menyifatkan harga tersebut terlalu mahal ketika menerima resit bayaran untuk makanan yang diambil.

“Harga nasi putih RM2.50, jangan normalisasikan semua benda nak naik harga. Ada pula yang boleh cakap ‘biasa la sekarang semua barang mahal’.

“Cuba periksa kalau yang meniaga ini guna barang subsidi ke tidak? Paling utama siapa tuan kedai, warga tempatan atau warga asing,” soalnya.

Selain nasi putih, antara harga makanan lain yang turut menarik perhatian adalah sup tulang yang mencecah RM19.

“Paling aku benci baca ayat ‘kena terima hakikat, terima kenyataan’. Masalahnya peniaga itu betul jujur ke sebab kebanyakan peniaga banyak yang ambil kesempatan,” ujar Azman.

“(Mak aih) cekik darah betul, meja pun calar-balar nak can harga kafe, harga sup tulang pun RM19 memang gila,” ujar Kalima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI