fbpx

Seorang maut, dua parah kereta langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dan paramedik membantu mangsa di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka melanggar pembahagi jalan berhampiran Kampung Matop, Jalan Betong-Sepauh pagi tadi.

BETONG – Seorang maut, manakala dua parah apabila kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan berhampiran Kampung Matop, Jalan Betong-Sepauh pagi tadi.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 38 tahun, yang merupakan pandu kereta Proton Waja terbabit.

Dua mangsa yang parah adalah remaja perempuan berusia 17 tahun dan lelaki berusia 23 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Setiba di lokasi mendapati seorang daripada mangsa masih tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Betong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI