fbpx

Bantuan kecemasan, pertanyaan pengguna Plus di WhatsApp chatbot ‘Putri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bantuan kecemasan, pertanyaan pengguna lebuh raya Plus di WhatsApp chatbot 'Putri'.

PETALING JAYA – Pengguna lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berhad (Plus) kini boleh mendapatkan bantuan kecemasan dan maklumat berkenaan perkhidmatan lebuh raya melalui chatbot Plus Texting Realtime Interface (Putri), di aplikasi WhatsApp.

Plus menerusi satu kenyataan berkata, ia boleh diakses menerusi talian 019-3569802 dengan kemampuan berinteraksi secara dwibahasa.

“Platform Whatsapp lebih stabil dan popular dengan kadar penggunaan tinggi membolehkan komunikasi bersama chatbot ‘Putri’ lebih mudah, pantas dan efisien untuk pengguna lebuh raya meminta bantuan kecemasan atau maklumat.

“Pengguna tidak lagi perlu membuat panggilan ke talian PLUSLine 1-800-88-0000,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan sama, ‘Putri’ merupakan chatbot pertama bagi industri lebuh raya yang diperkenalkan Plus sejak September 2020.

“Ia merupakan program perisian bercirikan kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan pembelajaran mesin (machine learning) yang menggunakan pemprosesan bahasa untuk berinteraksi secara atas talian melalui teks.

“Sejak diperkenalkan, ‘Putri’ berjaya mengendalikan kira-kira 220,000 maklumbalas dan perbualan lengkap bersama pengguna mengenai perkhidmatan Plus secara digital,” tambah kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu, chatbot ‘Putri’ juga mampu memberi maklum balas lebih cepat antaranya berkaitan maklumat trafik, kadar tol, produk dan kemudahan serta melapor kejadian.

“Dengan bantuan ini, petugas di Pusat Pemantauan Trafik (TMC) Plus lebih fokus terhadap panggilan kecemasan dan koordinasi bantuan.

“Ia telah mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan sebagai Johan bagi kategori Sektor Swasta pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2023, baru-baru ini,” jelas kenyataan sama.

Pengguna juga boleh berinteraksi dengan Plus melalui platform lain di aplikasi Plus, laman web www.plus.com.my, aplikasi X @PLUS2U, portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my, dan Facebook PLUS Malaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI