fbpx

RM255 juta disalurkan kepada pekebun kecil getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM255 juta bagi membantu pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan itu disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membantu meringankan beban serta menyokong kesejahteraan pekebun kecil dalam menghadapi cabaran pengeluaran hasil getah ketika ini.

Beliau berkata, sebanyak 311,596 permohonan telah diterima daripada jumlah sasaran penerima yang ditetapkan iaitu 318,750 individu melibatkan tiga agensi yang bertanggungjawab mengendalikan pembayaran ini.

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah menerima sebanyak 230,735 permohonan.

“Manakala bagi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sebanyak 69,077 permohonan diterima dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebanyak 11,784 permohonan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bagi fasa penyaluran bantuan setakat ini, ketiga-tiga agensi telah mencapai prestasi bayaran RM140,829,600.

Menurut, pekebun kecil dan penoreh getah Risda sebanyak RM 76,140,800, LIGS RM55,261,600 dan Felda RM9,427,200.

“Secara keseluruhannya, setakat Disember, 271,213 permohonan telah diluluskan dan pemohon telah menerima bayaran sebanyak RM200 bagi bulan November dan Disember tahun ini.

“Baki bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Januari dan Februari tahun 2024 menjadikan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM800,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI