fbpx

Pelantikan Pengerusi baharu pacu pengukuhan TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im Mokhtar

PUTRAJAYA – Pengalaman luas dimiliki Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilihat sebagai elemen penting bagi meneruskan kecemerlangan badan itu sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia selain membantu usaha pengukuhan yang sedang berjalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Abdul Rashid Hussain merupakan ahli perniagaan berjaya yang mengasaskan Kumpulan RHB merupakan antara kumpulan perbankan terbesar di Malaysia.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 1994 hingga 1998.

“Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari tahun 1995 hingga tahun 2000,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurut beliau, Abdul Rashid Hussain juga merupakan antara enam ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.

“Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Bagi Menyiasat Isu Pengurusan Dan Operasi Lembaga Tabung Haji Dari Tahun 2014 Hingga 2020 telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda dan kerajaan.

“Abdul Rashid Hussain juga adalah Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan atas sumbangan kepada negara dan masyarakat, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan tahun ini.

“Selain itu, saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepadaTan Sri Azman Mokhtar atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik khasnya dalam memimpin Lembaga Pengarah TH dan secara amnya semua warga TH,” jelasnya.

Terdahulu, Mohd. Na’im mengumumkan pelantikan Abdul Rashid Hussain sebagai Anggota Lembaga dan Pengerusi Lembaga TH yang baharu berkuat kuasa 20 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI