fbpx

Konflik Palestin-Israel: Majlis Keselamatan PBB sukar capai undian sebulat suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS Keselamatan PBB sukar mencapai kata sepakat tentang gencatan senjata kemanusiaan di Gaza. - Foto AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Majlis Keselamatan PBB bergelut untuk mengeluarkan keputusan sebulat suara menjelang undian yang dijangka diadakan pada pagi hari ini (waktu tempatan) mengenai resolusi baharu yang menggesa gencatan senjata di Gaza.

Undian itu mungkin dibuat jika rundingan berjaya memecahkan kebuntuan selepas Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi gencatan senjata kemanusiaan segera diadakan semula di Gaza, kira-kira 10 hari lalu.

Pada 8 Disember lalu, walaupun menerima tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, AS menyekat penerimaan pakai resolusi yang menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.

Namun, atas kekuatan sokongan yang luar biasa baru-baru ini, negara-negara Arab mengumumkan percubaan baharu di Majlis Keselamatan bagi mendesak resolusi tersebut.

Draf teks yang disediakan oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang diperoleh AFP kelmarin, menggesa pemberhentian segera dan berkekalan bagi permusuhan antara Israel dengan Hamas untuk membolehkan akses tanpa halangan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI