fbpx

Ceroboh landasan LRT, lelaki didenda RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara menceroboh landasan Transit Aliran Ringan (LRT), seorang lelaki didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Benard Chua, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama tujuh hari dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Benard didakwa dengan sengaja telah menceroboh kawasan larangan iaitu landasan LRT dengan melintasi landasan tersebut yang digunakan sebagai tempat laluan tren LRT.

Kesalahan itu dilakukan di Platform Stesen LRT Pudu di sini pukul 6.47 petang pada 18 Disember lalu (semalam).

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Sementara tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaaan (YBGK) memohon hukuman denda ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI