fbpx

Luahan Pembaca: Hapus subsidi, ganti dengan bantuan bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Amalan memberi subsidi sebenarnya membawa kepada isu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah sehingga membawa kepada ketirisan.

Tindakan berani kerajaan menghapuskan subsidi terutama kepada ‘maha kaya’ adalah keputusan bijak. Dengan langkah itu, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dapat dihindari.

Hasil negara yang terkumpul daripada penghapusan subsidi boleh digunakan untuk memberikan bantuan kepada golongan memerlukan terutama orang miskin, golongan B40 dan M40.

Ia juga boleh menggantikan Sumbangan Tunai Rahmah secara berfasa-fasa. Sebagai contoh, kumpulan miskin tegar boleh diberikan sumbangan sebanyak RM200, kumpulan B40 pula RM150 dan M40 menerima RM100 mengikut bulanan.

Bantuan persekolahan awal tahun juga boleh dinaikkan kepada RM300 kepada tiga kumpulan berkenaan.

Semoga dengan pelaksanaan bantuan bulanan kepada golongan sasaran akan dapat membasmi kemiskinan di negara ini.

Anak Malaysia
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI