fbpx

Hubungan ASEAN-Jepun diperkukuh – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpeluang menghadiri makan malam bersama delegasi dan rakan pemimpin ASEAN lain di Tokyo, Jepun semalam.

Menurut Anwar, kehadirannya bersama isteri memberi ruang untuknya memperkukuhkan hubungan kerjasama antara negara ASEAN dan Jepun.

“Ini memberi ruang kepada saya dan rakan sejawat menggunakan kesempatan yang ada untuk merapatkan hubungan sesama negara tetangga dalam ruang benua yang sama.

“Sebelum itu, kami sempat menaikkan tanglung berwarna-warni yang bersesuaian dengan rona keluarga ASEAN untuk dihiaskan di Tokyo Tower bersama sekumpulan pelajar tempatan.

“Terima kasih di atas detik yang amat bersejarah ini!,” katanya dalam hantaran dimuat naik di Facebook rasminya pagi tadi.

Terdahulu, Anwar dijadualkan menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun yang merupakan antara acara utama pada lawatan lima hari beliau ke Jepun.

Pemimpin daripada 10 negara anggota kecuali Myanmar berada di Tokyo untuk sidang kemuncak itu yang turutt disertai Timor Leste.

Sidang tersebut merupakan kemuncak kepada aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog ASEAN-Jepun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI