fbpx

‘Adira masih kekal keputusan untuk bercerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIRA masih tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

RAWANG – Penyanyi Adira Suhaimi masih tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

Peguam syarie mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria sewaktu ditemui Kosmo! Online berkata, anak guamnya masih lagi tetap mahu meneruskan keputusannya untuk berpisah selepas memfailkan perceraian pada 25 Oktober lalu.

“Setakat ini Adira masih tetap dengan keputusannya (untuk bercerai). Tetapi saya tidak boleh bercakap lebih lanjut sebab tidak mendapat arahan daripada anak guam saya (Adira),” ujar Nor Saidah.

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, bagaimanapun tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor hari ini selepas mahkamah mengecualikan kehadirannya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan ketika ditemui hari ini memberitahu, anak guamnya telah melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini, selepas Datuk Red, selaku defendan gagal membawa wakil pada sebutan kes pertama pada 4 Disember lalu.

Pada masa sama, Akmal memberitahu bahawa anak guamnya tetap dengan pendirian untuk cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Adira.

“Anak guam saya (Datuk Red) telah melantik sahabat baiknya sebagai JKP.

“Seperti sebelum ini, anak guam saya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya kerana masih sayangkan perkahwinannya,” kata Akmal.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menetapkan 5 Mac 2024 bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.

Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar menetapkan tarikh itu selepas prosiding perlantikan wakil JKP oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, telah selesai hari ini. Dalam prosiding hari ini, Datuk Red melantik rakannya sebagai wakil JKP.

Manakala Adira, selaku plaintif telah selesai melantik kakaknya Emma Suhaimi bagi wakil JKP berkenaan.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Semasa prosiding hari ini, peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Datuk Red selaku defendan menyatakan ingin mengambil masa selama enam bulan bagi proses JKP itu.

Namun peguam syarie Nor Saidah Zakaria yang mewakil Adira membantah dan tidak bersetuju dengan tarikh yang panjang tersebut.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Syarie kemudian menetapkan 5 Mac tahun depan bagi kedua-dua pihak mengemukakan laporan JKP masing-masing.

Untuk rekod, Adira memfailkan perceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu selepas mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Sebelum ini, pelantun Ombak Rindu itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI