fbpx

MHC terkilan prestasi Young Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Young Tigers mengakhiri saingan di kedudukan ke-12 dan gagal menepati sasaran untuk mara ke suku akhir.

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mengakui agak terkilan melihat skuad hoki remaja lelaki negara gagal menepati sasaran pada Piala Dunia Hoki Remaja 2023 yang melabuhkan tirainya semalam.

Bukan sahaja gagal mencapai sasaran suku akhir, tetapi Young Tigers terpaksa akur menamatkan kejohanan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu pada tempat ke-12 daripada 16 negara bertanding.

Bagaimanapun, Subahan memberi jaminan mereka akan berikan yang lebih baik pada edisi Piala Dunia Remaja 2025 memandangkan sembilan pemain daripada skuad kali ini masih boleh beraksi lagi.

“Ada kalanya mereka bermain seperti jaguh dunia. Ada kalanya mereka bermain sebagai pasukan tidak tahu bermain hoki.

“Jika mereka ke suku akhir, itu satu pencapaian sangat baik bagi saya kerana ini Piala Dunia. Ia bukan Sukan SEA, Sukan Asia, tetapi Piala Dunia dan semua pasukan terbaik dalam dunia ada di sini.

“Harapan saya memang layak ke suku akhir, tetapi lihat pada kumpulan, kita perlu bermain dengan Australia dan Argentina. Dua lawan yang sukar dalam kumpulan kita,” katanya.

Sementara itu, nasib jurulatih skuad remaja lelaki negara, Muhamad Amin Rahim dan barisan kejurulatihannya serta para pemain akan ditentukan Pengerusi Kejurulatihan baharu yang akan dilantik dua minggu lagi.

Subahan menjelaskan, pihaknya akan bermesyuarat sebelum membentangkan laporan keseluruhan prestasi pasukan kepada Ahli Majlis MHC untuk penilaian seterusnya sama ada berlaku perubahan atau sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI