fbpx

Intan Najuwa ‘belanja’ paha, netizen pula yang panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA

GARA-GARA menggayakan dres pendek, teruk pelakon Intan Najuwa dikecam netizen. 

Bukan apa, ramai yang berasa kasihan dengan suaminya kerana terpaksa menanggung dosa si isteri kerana berpakaian terlalu seksi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Intan dalam Instagram miliknya, pelakon genit itu berkongsi beberapa keping gambar berada dalam sebuah kereta.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen apabila dres putih yang dipakai Intan terlalu singkat, sehingga menampakkan sebahagian besar pahanya yang putih melepak.

Selain kasihan dengan suaminya, netizen turut mengingatkan Intan tentang kematian. Kata mereka, apabila seseorang itu meninggal dunia nanti, kain kafan putih yang akan membaluti seluruh tubuhnya.

Seram pula dengar ‘tarbiah’ yang ditinggalkan netizen. Ada betulnya juga apa yang dikatakan mereka. Cuma kalau boleh, janganlah sampai mengeluarkan kata-kata yang terlalu kesat.

Nasihat Diva, kalau nak menegur tidak salah, tapi biarlah berlapik. Sedap sikit tuan punya badan membacanya.

DIVA: Tak sabar nak tengok konsert solo penyanyi Ziana Zain pada 25 Mei tahun hadapan. Mesti meletop!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI