fbpx

Pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan kes langgar pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zaharif Affendi maut dilanggar kereta jenis Perodua Ativa tengah hari tadi

IPOH – Seorang pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kes langgar pelajar lelaki tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, permohonan reman terhadap lelaki berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan dijalankan esok.

“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek. Dalam kes ini, mangsa yang juga pelajar sekolah berusia 17 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek pula tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Yahaya berkata, selain siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihaknya turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tegas beliau, pihak polis tidak akan melindungi pegawainya sekiranya melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mempunyai bukti kukuh.

“Siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI