fbpx

MBSB Bank rai kesetiaan, kepercayaan pelanggan menerusi kempen SBMB 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen SBMB 3.0 menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM3 juta.

PETALING JAYA – Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) anjuran MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), bakal diteruskan dalam usaha meraikan kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan.

Kempen SBMB 3.0 yang kini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Disember 2024 mempunyai 10 kategori cabutan iaitu, bulanan, kesetiaan, pelanggan baharu, gaji, wanita, lelaki, senior, kakitangan kerajaan, serantau dan hadiah utama.

“Sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, MBSB Bank menawarkan pelbagai hadiah lumayan bernilai sehingga RM3 juta termasuk Porsche Macan, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC, Harley Davidson Road Glide, pakej percutian, wafer emas, jam tangan Apple, wang tunai dan banyak lagi,” kata MBSB Bank menerusi satu kenyataan hari ini.

Kempen SBMB mula diperkenalkan pada 2021 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hadiah menarik dan wang tunai berjumlah RM2.4 juta dan SBMB.

Susulan itu, MBSB Bank meneruskan kempen SBMB 2.0 yang mendapat sambutan hangat dengan lebih 60,000 penyertaan.

“Sementara itu, MBSB Bank turut menganjurkan kempen ‘Winners Are Dreamers’ yang berlangsung sehingga 31 Januari 2024 sempena Liga Kejuaraan Bank MBSB dan menawarkan peluang menyaksikan Liga Perdana Inggeris di England dengan perbelanjaan ditanggung oleh MBSB Bank,” jelas kenyataan itu.

Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.mbsbbank.com atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MBSB Bank di talian 03-2096 3000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI