fbpx

Pengarah filem Pendekar Awang masih ‘top secret’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah filem Pendekar Awang masih menjadi rahsia penerbit, Kembara Studio sehingga ke hari ini dan akan diumumkan tahun hadapan.

CYBERJAYA – Teka-teki siapa pengarah filem epik tempatan, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Penerbit rumah produksi, Studio Kembara, Abdul Rahman Md. Dali enggan mendedahkan nama pengarah bagi filem kedua terbitannya itu yang dilakonkan oleh pelakon utama, Fattah Amin.

“Saya tahu memang soalan ini akan ditanya kepada saya. Tapi tunggulah. Nanti saya akan dedahkan pada malam tayangan perdana nanti (Januari 2024),” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ketika disoal tentang kos pembikinan filem tersebut, Abdul Rahman memberitahu, pihaknya mengeluarkan belanja sebanyak lebih daripada RM10 juta untuk menjayakan naskhah tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan, filem ini menelan belanja sebanyak lebih daripada RM10 juta.

“Saya tidak dapat memberikan jumlah yang tepat kerana filem ini masih lagi melalui proses pos-produksi yang terakhir,” katanya.

Abdul Rahman yang ditemui semasa majlis pelancaran trailer dan lagu tema (OST) filem tersebut di Malakat Mall, malam tadi turut memberitahu, karya itu adalah kesinambungan daripada naskhah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya mencipta fenomena luar biasa, pada tahun lalu.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan filem kesinambungan kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diinspirasikan daripada kisah sebenar.

“Bagaimanapun, hanya kerangkanya sahaja yang menggunakan fakta kisah benar dan selebihnya kita hasilkan dalam bentuk fiksyen,” katanya.

Jelas Abdul Rahman lagi, filem tersebut telah pun lulus daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan mengikut wajib tayang daripada Finas dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan pada 11 Januari 2024.

“Saya benar-benar berharap Pendekar Awang: Darah Indera Gajah mendapat sambutan yang sangat, serta dapat menghiburkan penonton nanti. Sebagaimana yang diketahui, konsep hiburan yang dibawa oleh Studio Kembara adalah hiburan berbentuk manfaat,” jelasnya.

Selain Fattah Amin, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah turut dilakonkan oleh pelakon Amir Ahnaf, Nur Fazura, Heliza Helmi dan Syazwani Helmi. Manakala OST filem tersebut dinyanyikan oleh penyanyi, Faizal Tahir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI