fbpx

Bayi baru lahir terperangkap dalam perigi buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kecemasan berusaha menyelamatkan mangsa selama lebih lima jam. - PTI

NEW DELHI, India – Seorang bayi yang terperangkap di dalam sebuah perigi di daerah Sambalpur, negeri Odisha berjaya diselamatkan dalam operasi selama lebih lima jam, lapor saluran televisyen Abplive.

Kejadian berlaku di kampung Laripali di mana mangsa ditemui tersangkut di dalam sebuah perigi buta sedalam 4.6 meter hingga 6 meter.

Penemuan itu dilakukan oleh penduduk setempat yang pada awalnya mendengar suara tangisan bayi berkenaan.

Setelah laporan dibuat, Pesuruhjaya Bantuan Khas Odisa segera menghantar kakitangan ke lokasi kejadian.

Menurut anggota penyelamat, bayi itu terperangkap di dalam sebuah perigi terbiar berhampiran hutan. 

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian, namun penduduk tempatan mengesyaki mangsa sengaja ditinggalkan di dalam perigi tersebut. 

Bayi baru lahir itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI