fbpx

Rumah tangga Aishwarya, Abhishek kian parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAG tangga pasangan Bollywood, Aishwarya dan Abhishek dikatakan sedang retak menanti belah.

KISAH aktor tersohor Amitabh Bachchan menghadiahkan anak sulungnya, Shweta rumah agam berharga jutaan ringgit hakikatnya mencetuskan khabar angin lain.

Sebelum ini muncul khabar angin mengatakan penulis yang juga pensohor media itu mahu kembali tinggal bersama ibu bapanya di kediaman keluarga.

Berikutan itu, Aishwarya Rai yang sememangnya tinggal sebumbung dengan mentuanya sebaik bergelar isteri kepada Abhishek Bachchan perlu berpindah.

Suami isteri serta puteri mereka, Aaradhya Bachchan, 13, difahamkan perlu mencari kediaman lain disebabkan kononnya hubungan aktres tersebut dengan kakak iparnya kurang baik.

Sumber memaklumkan, hubungan dingin dengan ibu mentua, Jaya Bachchan turut menggoyahkan ikatannya dengan suami apabila Abhishek dilihat kerap menunjukkan wajah ‘mencuka’ ketika bersamanya.

Sebelum ini, perkahwinan yang dibina pada tahun 2007 didakwa goyah selepas Abhishek Bachchan pernah membuatkan ratu cantik itu kebingungan ditinggalkan di karpet merah dalam sebuah acara besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI