fbpx

Rombakan Kabinet: Saya masih terkejut – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled menyaksikan pertukaran MoU antara Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Pengerusi Malaysian Academic Consortium Sdn. Bhd, Datuk Dr. Shahril Mohamed Haniffa hari ini.

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan beliau masih terkejut selepas mengetahui pengumuman pertukaran portfolio yang disandangnya ketika ini.

Terdahulu rombakan Kabinet berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 11 pagi tadi.

“Saya tidak mahu cakap lagi sebab saya masih terkejut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengumuman rombakan Kabinet selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penawaran Perkhidmatan Pelantar ‘Kolektif’ antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Malaysian Academic Consortium Sdn. Bhd di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO akan bertukar sebagai Menteri Pertahanan menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Manakala, Menteri Pendidikan Tinggi akan disandang oleh Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI