fbpx

Penunggang Harley Davidson cedera dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dihempap pokok tua di Jalan Jenderam Hulu-Salak Tinggi hari ini

DENGKIL – Tiga penunggang motosikal berkuasa tinggi yang sedang berkonvoi berdepan detik cemas apabila salah seorang daripada mereka cedera apabila dihempap pokok tumbang.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang di Jalan Jenderam Hulu-Salak Tinggi itu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Harley Davidson cedera di muka dan bahu.

Rakan mangsa dikenali sebagai Radzuan, 60, ketika ditemui berkata, dia bersama mangsa dan seorang lagi rakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas melawat seorang rakan di Bandar Salak Tinggi.

“Pokok itu betul-betul tumbang selepas saya melepasi jalan itu namun, rakan saya tidak sempat mengelak sebelum dihempap. Manakala, seorang lagi rakan kami sempat menghentikan motosikalnya. Dia (rakan) bernasib baik kerana hanya dihempap ranting dan dahan kecil namun, mengalami luka di muka dan bahu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI