fbpx

JPA sedang lakukan semakan, minta veteran ATM supaya bersabar – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Graduasi MKN, MPAT dan MTAT tahun 2023 di PUSPAHANAS, hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak memandang sepi isu penyelarasan pencen dibangkitkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebaliknya ia turut disemak dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau meminta supaya veteran ATM bersabar sedikit masa lagi sebelum SSPA baharu diumumkan pertengahan tahun depan.

Beliau berkata, beliau faham bahawa isu penyelarasan pencen ini sudah lama berlarutan namun, isu itu sedang diteliti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi kajian SSPA.

“Minta bersabar, kita sedang buat. Bukan kita tak buat apa-apa. Itu terpulang kepada mereka nak bawa ke mahkamah. Itu hak mereka.

“Tapi bagi pihak kerajaan, penyelarasan pencen ATM juga ini akan dirangkumkan dalam kajian skim gaji penjawat awam yang sedang diteliti oleh JPA ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas
menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tahun 2023 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI