fbpx

Tiada pendedahan Mr.H, Wahab saman Chegu Bard, Hakim Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab.

KUALA LUMPUR – Penolong pegawai Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani telah memulakan tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak termasuk Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-Kom.

Peguam Wahab, Faizal Rahman, mengesahkan bahawa surat tuntutan saman telah dihantar kepada dua pihak iaitu ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, dan pengarah bahagian J-Kom, Hakim Ramlee.

Menurutnya, tuntutan itu berhubung penularan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab.

“Setakat ini, arahan diberikan (Wahab) adalah keluarkan surat tuntutan saman kepada dua individu ini berhubung penularan video lucah,” katanya kepada Kosmo!

Ketika ditanya adakah Mr.H antara penama yang disaman, Faizal memaklum pendedahan identiti Mr.H diserahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“No (tiada) komen, cuma pada saya pihak polis sewajarnya dedahkan (Identiti Mr.H) bagi menunjukkan pentadbiran yang tidak memihak,” katanya.

Sebelum ini, Mohammad Agus dan Abdul Wahab dalam satu sidang media khas pada 17 Oktober lalu mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.

Abdul Wahab, 33, mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama Mr H untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Mohammad Agus, kemudian berkata identiti ‘Mr H’ telah didedah kepada pihak polis ketika memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI