fbpx

Penghuni flat buang perabot besar dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN CCTV menunjukkan perabot besar dibuang di dalam lif di bangunan flat di Tampines baru-baru ini. - Foto SHIN MIN DAILY NEWS

SINGAPURA  – Majlis Perbandaran Tampines merayu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang seorang penghuni yang membuang perabot besar di dalam lif sebuah bangunan flat di Singapura, lapor portal berita New Paper hari ini.

Perbuatan penghuni di blok 274, Tampines Street 22 membuang perabot besar di dalam lif itu dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

“Mereka sudah mengalihkan meja ke dalam lif, mengapa tidak mengalihkannya ke tempat pembuangan sampah di luar?” soal seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen.

Lelaki berusia 65 tahun itu menambah: “Saya tidak faham mengapa mereka terpaksa meninggalkan barang-barang di dalam lif, ia sangat tidak bertimbang rasa.”

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Li menulis dalam forum tempatan, Lianhe Zaobao bahawa terdapat rak di dalam lif itu  pada 17 November lalu dan meja  tiga hari kemudian. 

Penduduk juga mengadu tentang bau busuk yang berlarutan di dalam lif.

Mereka turut menemui beg sampah, tin minuman kosong dan pembungkus makanan di dalam lif sama. 

Seorang pembersih kawasan kediaman mendedahkan bahawa dia selalu membuang sampah dari dalam  lif itu pada setiap hari.

Namun, katanya, keadaan menjadi bertambah baik sejak majlis perbandaran meletakkan notis bagi mencari identiti orang yang telah memperlakukan lif itu seperti tempat pembuangan sampah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI