AGAK ribut sedikit pada pagi Isnin lalu apabila ribuan rakyat berduyun-duyun menghantar permohonan bagi mendapatkan wang bantuan e-wallet (e-dompet?) RM100. Keadaan itu menyebabkan sebilangan penyedia perkhidmatan aplikasi pembayaran berhadapan dengan kesesakan trafik sehingga menimbulkan rungutan kepada pemohon. Kepada yang telah diluluskan permohonan seawal tengah hari, senyum terukir di bibir masing-masing sambil terbayang-bayang apa yang akan dimanfaatkan daripada bantuan tersebut. Namun sebilangan pemohon terpaksa menahan lara apabila permohonan mereka ditolak sedangkan jika berdasarkan gaji dan status kehidupan mereka ini sememangnya layak……














