fbpx

Jovian Mandagie dedah sudah bercerai 3 bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pereka fesyen terkenal, Jovian mendedahkan sudah bercerai dengan Nina Ismail Sabri sejak 3 bulan lalu.

PETALING JAYA – Pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak lagi bergelar suami kepada Nina Ismail Sabri selepas mereka sah bercerai sejak Ogos lalu.

Perkara itu diberitahu sendiri Jovian menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.

“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.

“Kami dapati, sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle (anak), kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Jovian turut berkongsi rasa syukur kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang menempuhi alam perkahwinannya bersama bekas isterinya itu sebelum masing-masing berpisah secara baik.

“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, maka kami sudah lakukan yang terbaik. Alhamdulillah.

“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.

“Selepas beberapa dekad, kami akan sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” katanya.

Pada masa sama, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya dalam laman sosial atas apa yang terjadi ke atas rumah tangganya.

“Semalam, kami adakan sesi secara langsung dalam TikTok. Kami tersentuh dengan komen-komen mengenai rumah tangga kami. Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.

“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.

“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hodup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” kata abang ipar kepada penyanyi Dafi itu.

Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI