fbpx

Ibu, kakak menangis atas pentas ambil sijil arwah adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HAZIRAH Yaacob (kanan) dan Rohayah Ahmad menunjukkan sijil Diploma Kejururawatan yang diterima Izah Suhailah secara anumerta pada Majlis Konvokesyen Unimel Ke-25 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – “Saya dan ibu tetap kuatkan semangat untuk mengambil sijil diploma bagi pihak arwah adik walaupun masih bersedih atas kehilangannya”.

Demikian luahan Nur Hazirah Yaacob, 26, selepas menemani ibunya, Rohayah Ahmad, 63, hadir pada Majlis Konvokesyen Universiti Melaka (Unimel) untuk mengambil Diploma Kejururawatan yang diberikan secara anumerta kepada Allahyarham Izah Suhailah Yaacob.

Menurut Nur Hazirah. adiknya yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik itu meninggal dunia dalam kemalangan di Klebang di sini pada Mei lalu ketika pulang dari tempat kerja.

“Setelah dua minggu menamatkan pengajian, dia diterima bekerja di sebuah pusat perubatan swasta. Arwah sempat belanja ahli keluarga selepas mendapat gaji pertama.

“Memang niat dia bekerja untuk membantu keluarga, bagaimanapun dia hanya sempat bekerja hampir dua bulan sebelum terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Unimel Ke-25 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambahnya, sikap arwah yang ceria, menghormati ibu bapa, mesra dan rajin membuatkan Izah Suhailah disenangai ramai.

Terdahulu, majlis konvokesyen yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam itu berlangsung dua sesi melibatkan 727 graduan diploma dan 130 penerima ijazah sarjana muda. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI