fbpx

Buaya lebih 4 meter pergi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR buaya menyeberangi sebatang jalan raya di Chennai semalam. - Foto @Rukmang30340218/Twitter

NEW DELHI  – Satu rakaman video menunjukkan seekor buaya sepanjang 4.57 meter  menyeberangi sebatang jalan raya di sebuah sekolah di Chennai, di hadapan sejumlah pemandu, lapor portal berita Daily Star semalam.

Buaya itu dilihat semasa banjir melanda kawasan tersebut.  

Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Tamil Nadu, Supriya Sahu berkata, buaya itu dilihat  selepas Taufan Michaung membawa hujan lebat sepanjang malam,  menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Beliau menulis di laman  X bahawa terdapat buaya di beberapa kawasan berair di Chennai.

“Ia adalah haiwan yang pemalu yang sukar difahami dan mengelakkan manusia. Yang ini telah keluar kerana air melimpah akibat hujan lebat kesan daripada Taufan Michuang. Tolong jangan dekat dengan air,” tulis Sahu.

Ramai netizen berasa simpati terhadap buaya itu kerana berada jauh dari habitatnya kerana keadaan cuaca yang mengelirukan.

Seorang netizen menulis: “Harap ia selamat kembali ke persekitarannya.” – AGENSI 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI