fbpx

Kelajuan internet UTeM dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAJUAN internet di Kampus Induk Durian Tunggal dan Kampus Teknologi UTeM di Ayer Keroh, Melaka telah dipertingkatkan.

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melangkah setapak lagi apabila mula menaik taraf kelajuan capaian internet daripada 3Gbps kepada 13Gbps bermula 1 Oktober lalu.

Naik taraf tersebut dilakukan di kedua-dua kampusnya iaitu di Kampus Induk Durian Tunggal dan Kampus Teknologi di Ayer Keroh, Melaka.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, usaha itu hasil kerjasama penuh dengan syarikat TIME dotcom Berhad sehingga September 2025.

Katanya, pelaburan itu adalah seiring dengan agenda Transformasi Pendigitalan secara menyeluruh di semua universiti awam.

“Sehubungan itu, perkara ini adalah selari dengan 5 Teras Strategik UTeM yang berkaitan langsung dengan Teras Strategik 4 UTeM iaitu Mencetuskan Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti.

“Ini adalah untuk memastikan akses kepada infrastruktur dan infostruktur digital berpatutan, boleh dipercayai, mampan dan bersepadu untuk semua termasuk pelajar, staf serta pemegang taruh,” katanya.

Mengulas lanjut, Massila berkata, usaha itu turut mewujudkan transformasi digital menyeluruh yang akan memberi impak positif kepada pentadbiran dan pengajaran serta pembelajaran (PdP) secara atas talian.

“UTeM komited memajukan transformasi pendigitalan dalam operasi PdP dan operasinya secara keseluruhan.

“Pada masa sama, naik taraf ini dapat memberi impak, cabaran dan peluang besar dalam kehidupan bagi memudahkan segala urusan secara atas talian,” ujarnya.

 

MASILLA.

Sementara itu, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UTeM, Prof. Dr. Mohd. Khanapi Abd. Ghani berkata, peningkatan perkhidmatan internet itu akan dinikmati seluruh warga di Kampus Induk termasuk kolej kediaman.

Ujarnya, bagi Kampus Teknologi pula, perkhidmatan internet ditingkatkan daripada 2Gbps kepada 3Gbps.

Selain itu, peningkatan rangkaian antara Kampus Induk dan Kampus Teknologi juga telah dinaikkan daripada 550Mbps kepada 800Mbps.

“Proses ini telah dilaksanakan secara optimum dan berjalan lancar.

“Impak dan manfaatnya telah mula dinikmati oleh warga UTeM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI