fbpx

Dituduh berpesta arak, netizen cop BCL, Tiko ‘sekufu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL dan suami baharunya, Tiko dikecam kerana berhibur melampau di sebuah premis hiburan.

KETIKA penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) dan suaminya, Tiko Aryawardhana masih menikmati bahagia bergelar pengantin baharu, tular video yang mendakwa pasangan terbabit berpesta minuman keras.

Klip dikongsikan dalam sebuah akaun Instagram itu dipercayai dirakam di premis tempat berlangsungnya majlis resepsi mereka pada malam hari selepas pernikahan 2 Disember lalu.

Pasangan yang memilih pusat peranginan mewah Amankila, Bali itu kelihatan dikelilingi beberapa rakan sebelum Tiko, 43, mengedarkan gelas kecil dipercayai minuman keras.

Malah penyanyi  lagu Wanita Terbahagia yang mengenakan gaun pengantin juga berada di dalam kelompok tersebut sebelum mereka secara beramai-ramai menjulang gelas tersebut sebagai tanda selamat.

Gara-gara video berkenaan, ramai menyindir BCL dan Tiko sebagai pasangan sekufu atau sama padan apabila didakwa masih mengamalkan gaya hidup bebas walaupun sudah mencecah 40-an.

Ruangan komen dibanjiri luahan peminat BCL yang seakan-akan kecewa dengan lelaki pilihannya sehingga menyamakan keperibadian Tiko dengan Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Masya-Allah, kenapa ini pilihan BCL, dah dapat agak pilihan kali ini kurangnya,” tulis seorang netizen.

Pada komen sama, individu tersebut juga mendakwa wajah lelaki terbabit seperti sedang mabuk.

“Kenapa sampai mabuk suaminya, tengok muka pun boleh tahu. Carilah jalan yang benar, dah akhir zaman,” katanya.

BCL menamatkan status balu dengan kakitangan sebuah syarikat kewangan yang juga duda anak tiga itu selepas hampir empat tahun pemergian suaminya, Ashraf.

Allahyarham yang merupakan selebriti Malaysia meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung.

BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI