fbpx

Anak tauke emas kahwin dalam Boeing 747

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vidhi dan Hridesh bergambar di hadapan pesawat ketika majlis perkahwinan mereka. – X

NEW DELHI – Majlis perkahwinan anak perempuan tauke emas dari India, Dilip Popley  tular di media sosial kerana berlangsung di dalam sebuah pesawat Boeing 747 yang sedang dalam penerbangan, lapor laman berita VN Express semalam.

Vidhi Popley dan pasangannya, Hridesh Sainani diraikan dalam majlis tersebut pada 24 November lalu.

Penerbangan khas selama tiga jam  menuju ke Oman dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu turut dinaiki oleh 350 tetamu.

Dalam video dikongsikan, tetamu dilihat  asyik menari sambil diiringi dengan lagu Hindi.

Hridesh turut meluahkan rasa gembira kerana dapat mengahwini kekasihnya  sejak zaman sekolah itu dan berterima kasih kepada Dilip atas penganjuran majlis tersebut.

Dilip dilaporkan turut melakukan perkara serupa, iaitu mengahwini isterinya di dalam penerbangan pesawat Air India pada tahun 1994.

Keluarga Popley dikenali ramai kerana mengendalikan perniagaan barang kemas dan berlian di India dan UAE. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI