fbpx

Bapa Safawi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Safawi (dua dari kanan) bersama arwah bapanya, Rasid (kiri).

DUNGUN – Bapa pemain bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) , Safawi Rasid meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan Safawi, 26, yang juga pemain sayap Harimau Malaya menerusi akaun Instagram peribadinya.

“Mohon sedekahkan (surah) al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Safawi tidak berkongsi masa dan punca kematian bapanya, Rasid Sulong.

Khabar duka itu turut dikongsi isterinya, Syifa Melvin atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, menerusi akaun Instagramnya.

“Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah Abah, sehingga berjumpa di syurga nanti…al-Fatihah,” tulisnya.

Allahyarham Rasid difahamkan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Bukit Chatak, Dungun dan dijadual akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran selepas solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI