fbpx

Tebus e-kredit RM100 Isnin ini semudah 4 langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rakyat dewasa yang layak menerima e-kredit RM100 boleh menebus wang berkenaan menerusi empat langkah.

Seperti yang dikongsikan di laman sesawang Touch ‘n Go, pengguna baharu dan sedia ada perlu terlebih dahulu melakukan proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

“Langkah pertama, muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

“Seterusnya, bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

“Langkah ketiga, penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).

“Yang terakhir, pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”,” tulis kenyataan itu.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Semalam Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendaftaran bagi tuntutan e-kredit RM100 secara sekali bayar menerusi program eMADANI akan dibuka mulai Isnin ini.

Anwar berkata, permohonan untuk membuat tuntutan itu akan dibuka sehingga 20 Februari depan dan ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI