fbpx

Disangka ancaman bom rupanya latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular latihan simulasi ancaman bom di hadapan Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Video tular menunjukkan sebuah kenderaan jenis van seakan-akan berdepan ancaman bom di hadapan Bukit Aman, di sini hanyalah sebahagian daripada latihan simulasi sahaja.

Latihan yang dijalankan pada hari ini difahamkan bukanlah ancaman bom sebenar namun latihan sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut sahaja.

Menerusi sebuah video tular berdurasi 1 minit 7 saat itu, sebuah jentera daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disertai anggota bomba membantu menjalankan simulasi tersebut.

Selain itu, turut dipaparkan sebuah robot milik Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah van yang diletakkan di hadapan Bukit Aman, di sini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI