fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Bayi Gaza masih hidup dalam runtuhan 37 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan penyelamat bersama seorang bayi yang diselamatkan dari runtuhan rumahnya di utara Gaza.

PETALING JAYA – Keajaiban berlaku apabila seorang bayi berusia 37 hari ditemui selamat selepas terperangkap selama beberapa jam di bawah runtuhan rumah yang dibom oleh serangan Israel.

Video yang dimuat naik oleh Nooh Al-Shaghnobi di Instagram memaparkan laungan kalimah “Allahuakbar” bergema di bawah langit Gaza oleh anggota pertahanan awam yang gigih menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR).

Momen itu menjadi lebih mengharukan ketika mereka bergilir-gilir mencium bayi yang masih dalam keadaan baik, dibedung dengan matanya dilihat terkebil-kebil.

Nooh Al-Shaghnobi, salah seorang yang terlibat dalam misi SAR, berkongsi bahawa bayi itu mungkin dilahirkan pada minggu pertama serangan, pada awal Oktober.

“Kami berpegang pada harapan dan selepas tiga jam bekerja dia dibawa keluar dengan ketentuan Tuhan dan dengan rahmat-Nya.

“Pada mulanya kami menyangka bayi itu sudah meninggal dunia, tetapi dengan harapan yang tinggi kami bertungkus-lumus mengeluarkannya. Akhirnya dia ditemui masih hidup dan tidak cedera di sebelah ibu bapanya yang syahid.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan kami, seperti kami menyambut kelahiran dua beranak ini apabila kami berjaya menyelamatkan mereka hidup-hidup di bawah runtuhan,” luah Nooh. – KOSMO! ONLINE

@jemcsquared original Caption: Footage emerged from Gazan journalist Nooh Al-Shagboni of the heroes of the Civil Defense rescuing a number of children, women, and youth from under the rubble of a home 💣ed by the IOF in Gāża. A 37-day-old baby named Salam (peace), born during the first days of the war amidst the 💣ing was rescued after a four-hour-long operation, reborn from under the rubble after all thought she had been martyred. Salam was the firstborn child of her mother and father, who both ascended to martyrdom as a result of the bombing. #traveltiktok #peace #traveltips #travel #✌️ #babiesoftiktok ♬ original sound – jemcsquare

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI