fbpx

Proton terima 1,200 tempahan S70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model sedan terbaharu Proton, S70 yang dilancarkan semalam.

KUALA LUMPUR – Proton telah menerima kira-kira 1,200 tempahan untuk model sedan terbaharu, S70 setakat ini selepas pesanan dibuka pada hujung Oktober lalu.

Menurut Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan Proton Edar, Edmund Lim Meng Thong, model itu merupakan sedan segmen-C yang dibangunkan bersama Geely selepas X70, X50 dan X90.

Katanya, empat varian ditawarkan iaitu Flagship X, Flagship, Premium dan Executive.

“Berdasarkan tempahan yang diterima, varian Flagship dan Premium antara yang mendapat lebih sambutan.

“Semasa pelancaran tadi kita ada buat tawaran kit badan untuk varian Flagship X. Mungkin permintaan untuk varian itu akan meningkat,” katanya ketika sidang akhbar selepas pelancaran model itu di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini semalam.

Tambahnya, beliau menjangkakan jumlah tempahan akan terus meningkat selepas harga model itu diumumkan.

“Semua yang membuat tempahan tidak tahu harga sebenar kereta ini sehingga diumumkan sebentar tadi (semalam).

“Kami menjangkakan akan menerima lebih 5,000 tempahan menjelang penghujung tahun ini,”ujarnya.

Model terbaharu ini telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kereta sedan itu menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT.

Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 5,500 rpm dan tork tertinggi 226 Nm pada 1,750 hingga 4,000 rpm. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI